Akaun HelloGold anda bukanlah akaun bank. Wang di dalam akaun HelloGold anda hanya boleh digunakan untuk:

1. Pembelian produk dan perkhidmatan daripada HelloGold, atau
2. Dikeluarkan mengikut kemudahan anda.

Wang anda tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau digunakan untuk sebarang maksud lain. Selain itu, tiada faedah atau pulangan terjamin lain dibayar sama ada dalam bentuk wang tunai atau emas yang berada di dalam simpanan akaun HelloGold anda.