Dengan memegang akaun bersama HelloGold, anda mengamanahkan kami untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan emas anda; kami mengambil tanggungjawab ini dengan serius.

Setiap hari perniagaan, penyedia bilik kebal kami di Singapura, BullionStar International menghantar senarai jongkong (bar list) kepada kami dengan menunjukkan simpanan yang berada di dalam bilik kebal. Senarai jongkong ini menunjukkan semua emas yang kami menyimpan bagi pihak pelanggan kami dan dipaparkan setiap hari di laman web. Kami juga memaparkan senarai simpanan (customer list) yang menunjukkan jumlah emas yang telah dibeli oleh pelanggan daripada kami. Jangan khuatir, ia dinomborkan supaya anda boleh mengenali maklumat diri anda dan kekal tanpa diketahui. Anda boleh melihat pemegangan anda sendiri, memeriksa jumlah kami, dan menyemak silang jumlah senarai simpanan secara terus dengan senarai jongkong kami.