HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini.