Terdapat faktor-faktor lain yang turut boleh mempengaruhi harga emas fizikal yang ditawarkan, menyebabkan premium atau diskaun ke atas pasaran spot global.

Ini boleh digelar sebagai ‘premium pasaran’.

Faktor yang mempengaruhi premium pasaran

Premium pasaran adalah tidak stabil dan tidak dapat dijangka berbanding premium biasa dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti:

  • Situasi bekalan dan permintaan pasaran semasa
  • Keadaan ekonomi global dan tempatan

Premium pasaran dipengaruhi oleh permintaan tinggi

Dari masa ke semasa, pasaran mungkin akan mengalami kekurangan emas fizikal. Ini boleh disebabkan permintaan tinggi yang luar biasa, oleh pembeli ketika waktu yang tidak menentu; atau sekatan import sementara yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Ia juga boleh berpunca daripada kekangan bekalan:

  • Sekatan penerbangan
    Kekurangan ini juga disebabkan oleh sekatan penerbangan. Sebagai contoh, mungkin bekalan emas di Tokyo mencukupi, tetapi disebabkan sekatan ini, stok emas tidak dapat diterbangkan keluar dari Tokyo kepada pembekal kami, menyebabkan penghantaran tertangguh.
  • Penutupan operasi
    Bekalan emas dari kilang-kilang penapis berkurangan kerana rantaian bekalan mereka disekat atau kilang-kilang tersebut sendiri tidak dapat beroperasi pada kapasiti yang penuh.