Kami menggunakan jongkong emas 1 kilo gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% yang diperuntukkan sepenuhnya. Emas kami bersumber daripada tukang emas antarabangsa yang dikenali sebagai Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP) yang merupakan sebahagian daripada London Bullion Market Association (LBMA). PAMP ialah satu daripada hanya tiga buah kilang penapis di seluruh dunia yang dilantik sebagai ‘Approved Good Delivery Referees’ oleh LBMA. Ini bermakna emas kami dijamin berkualiti tinggi!