Emas yang diperuntukkan bermakna emas tersebut merupakan hak milik anda dan anda adalah pemilik sah emas tersebut. Akaun emas diperuntukkan menggunakan dana anda untuk membeli dan menyimpan emas secara fizikal di dalam bilik kebal yang selamat, diinsuranskan. Emas tersebut kekal di dalam bilik kebal dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain.

Apabila anda membeli dengan HelloGold, anda merupakan pemilik sah emas tersebut dan HelloGold ialah penjaga emas yang ditetapkan. Anda membayar HelloGold untuk menyimpan bagi pihak anda dan tidak kira apa situasinya, emas anda dilindungi sekiranya HelloGold ditutup atas sebarang sebab.

Dengan emas yang tidak diperuntukkan, ramai yang beranggapan ianya lebih berisiko. Akaun emas tidak diperuntukkan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Emas anda mungkin dipinjamkan pada masa pihak syarikat atau bank menyimpan emas tersebut bagi pihak anda. Sekiranya penyedia emas diisytiharkan muflis, apa yang anda miliki hanyalah janji untuk mengembalikan emas anda – yang mana akan membuatkan anda terpaksa menunggu giliran bersama dengan kredit yang lain.