Untuk Pengeluaran Tunai kali pertama, anda perlu:

  1. Isikan jumlah yang ingin dikeluarkan
  2. Pilih bank dan isikan nombor akaun anda
  3. Ambil gambar / muat naik penyata bank anda dan pastikan nama, akaun bank, alamat dan nombor akaun dan tarikh penyata dapat dilihat dengan jelas
  4. Sahkan pesanan Pengeluaran Tunai anda

Wang anda akan dipindahkan dari akaun HelloGold ke dalam akaun bank peribadi anda di Malaysia.

Untuk tujuan keselamatan, kami akan memadankan penyata bank anda dengan nama di atas MyKad atau pasport yang didaftarkan dengan akaun HelloGold anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1 300 130 888 (Malaysia) atau +603 7661 6228 (luar negara).