Selepas anda memuat turun aplikasi HelloGold, ikuti 3 langkah berikut untuk mula menggunakannya:
1) Buka akaun menggunakan alamat e-mel anda
2) Sahkan alamat e-mel anda
3) Masukkan butiran peribadi dan nombor telefon anda

Selesai! Dengan akaun HelloGold Biasa ini, anda boleh mula beli emas!

Anda juga boleh bertukar ke akaun HelloGold PRO secara percuma dengan mengesahkan identiti anda mengikut 3 langkah di bawah:
1) Ambil gambar bahagian hadapan MyKad / halaman biometrik pasport anda
2) Ambil gambar bahagian belakang MyKad / pas residen anda
3) Ambil swafoto anda

Dengan akaun HelloGold PRO, anda boleh mengeluarkan tunai, menebus emas dan menikmati semua kelebihan yang ditawarkan oleh HelloGold. Baca di sini untuk maklumat lanjut.