1. Tekan “Beli Emas” sebaik sahaja anda log masuk.
  2. Masukkan jumlah emas yang ingin dibeli.
  3. Pilih cara pembayaran daripada senarai berikut:
      1. Baki Tunai
        Masukkan kata laluan (One-Time-Password) setelah anda mengesahkan pesanan anda.
      2. Perbankan Atas Talian
        • Pilih bank pilihan anda, masukkan e-mel anda (Tidak Wajib) dan klik check box untuk bersetuju dengan terma dan syarat dari pembekal perkhidmatan
        • Klik “Sahkan” dan anda akan dibawa ke halaman log masuk perbankan atas talian anda
        • Log masuk menggunakan maklumat perbankan internet anda
        • Sahkan jumlah dan buat permohonan nombor TAC
        • Masukkan nombor TAC yang diterima dari pihak bank
      3. Boost
        Untuk membeli emas menggunakan e-dompet Boost, anda perlu memiliki e-dompet Boost yang didaftarkan menggunakan nombor telefon bimbit yang sama digunakan untuk mendaftar akaun HelloGold anda.

        • Pilih “Boost” untuk cara pembayaran anda
        • Log masuk ke e-dompet Boost anda untuk membuat pembayaran
      4. Touch ‘n Go
        Untuk membeli emas menggunakan e-dompet Touch ‘n Go, anda perlu memiliki e-dompet Touch ‘n Go.

        • Pilih “Touch ‘n Go” untuk cara pembayaran anda
        • Log masuk ke e-dompet Touch ‘n Go anda untuk membuat pembayaran
  4. Setelah pembayaran berjaya, emas anda akan disimpan di bilik kebal secara serta-merta.

Ketahui lebih lanjut tentang Caj apabila anda melakukan transaksi di HelloGold.