Bermula dari 9 Okt 2019, fungsi ‘Tambah Nilai’ akan dimansuhkan bagi aplikasi HelloGold di Malaysia. Pembaharuan ini membolehkan anda membeli emas/menambah dana SmartSaver secara terus menerusi Baki Tunai, Boost atau Perbankan Online. Untuk maklumat lanjut, e-mel kepada kami di [email protected]


Untuk Tambah Nilai menerusi perbankan internet, anda memerlukan akaun bank di Malaysia dengan akses kepada perbankan internet.

1. Masukkan jumlah yang ingin ditambah nilai.

2. Pilih “Perbankan Dalam Talian” untuk cara pembayaran.

3. Pilih bank yang diingini, isikan alamat e-mel (jika mahu) dan tandakan setuju kepada terma dan syarat dari penyedia perkhidmatan.


4. Klik “Confirm” dan anda akan dibawa ke laman log masuk perbankan internet.

5. Log masuk dengan butiran perbankan dalam talian anda.

6. Sahkan jumlah dan buat permohonan untuk nombor TAC.

7. Isikan nombor TAC yang diperoleh.


8. Setelah transaksi selesai, anda boleh mula beli emas!