Anda boleh menambah nilai akaun HelloGold anda menerusi perbankan online (FPX) atau menggunakan e-dompet Boost anda.

Untuk Tambah Nilai menerusi perbankan internet, anda memerlukan akaun bank di Malaysia dengan akses kepada perbankan internet.
1. Masukkan jumlah yang ingin ditambah nilai.
2. Pilih “Perbankan Dalam Talian” untuk cara pembayaran.
3. Pilih bank yang diingini, isikan alamat e-mel (jika mahu) dan tandakan setuju kepada terma dan syarat dari penyedia perkhidmatan.
4. Klik “Confirm” dan anda akan dibawa ke laman log masuk perbankan internet.
5. Log masuk dengan butiran perbankan dalam talian anda.
6. Sahkan jumlah dan buat permohonan untuk nombor TAC.
7. Isikan nombor TAC yang diperoleh.
8. Setelah transaksi selesai, anda boleh mula beli emas!

Untul Tambah Nilai menerusi e-dompet Boost, anda perlu memiliki e-dompet Boost yang didaftarkan di bawah nombor telefon yang sama digunakan untuk pendaftaran akaun HelloGold anda.
1. Tekan “Tambah Nilai”
2. Masukkan amaun tambah nilai.
3. Pilih “Boost” sebagai cara pembayaran.
4. Log masuk ke e-dompet Boost untuk membuat pembayaran.