Untuk pelanggan baharu SmartSaver, setelah anda membiayai bulan pertama secara manual, anda akan diberitahu untuk membuat tetapan Direct Debit bagi 11 bulan yang akan datang.

Untuk pengguna sedia ada SmartSaver, anda boleh membuat tetapan Direct Debit untuk baki bulan yang tinggal dalam mencapai matlamat simpanan anda. Harap maklum, tetapan Direct Debit tidak boleh dilakukan sekiranya tarikh bayaran anda adalah dalam tempoh 8 hari sebelum Tarikh Mula Seterusnya.

Anda juga akan dikenakan caj RM1 daripada pihak bank anda untuk pengesahan akaun bank dan ia akan dikembalikan semula ke dalam akaun HelloGold anda apabila permohonan Direct Debit telah diluluskan.