HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Shariah oleh Amanie Advisors. Semua operasi dan proses kami adalah selaras dengan Piawaian Shariah terhadap Emas. Piawaian Shariah terhadap Emas dibangunkan bersama dengan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), World Gold Council dan Amanie Advisors.

Emas merupakan item Ribawi, yang mana sesiapa sahaja yang membelinya perlu berhati-hati dan memastikan ia memenuhi syarat-syarat tertentu di bawah undang-undang Shariah. HelloGold telah memenuhi dua syarat paling penting:

  1. Ia dijamin oleh emas secara fizikal serta diperuntukkan sepenuhnya, dan
  2. Proses membeli dan menjual emas secara fizikal dilengkapkan dalam masa yang dibenarkan oleh piawaian.

Lihat Fatwa yang dikeluarkan atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Emas Shariah, klik sini.