Seperti komoditi-komoditi lain, pasaran harga emas kebiasaannya ditentukan oleh bekalan dan permintaan emas fizikal dan juga emas bukan fizikal (cth: penyelesaian tunai, derivatif, dagangan masa hadapan).

Harga spot emas sentiasa berubah, bergantung kepada bekalan dan permintaan dari pasaran setiap pelusuk negara (London, Shanghai, New York, dsb). Kebiasaannya, HelloGold menetapkan harganya mengikut pasaran spot emas.

Bekalan emas kebiasaannya terdiri daripada:

  • Pemilik emas
  • ETF (GLD)
  • Bank-bank pusat (BNM)
  • Syarikat insurans
  • Pelabur swasta (seperti mereka yang berkemampuan tinggi dan juga anda, pelanggan HelloGold)
  • Kilang-kilang penapis dan pelebur sekerap

Premium Biasa

Harga pasaran spot emas global kebiasaannya digunakan sebagai harga dasar bagi kontrak seperti kontrak masa hadapan emas dan kontrak emas pilihan, di mana penghantaran fizikal bukanlah matlamat utama.

Untuk pembelian dan penghantaran sebenar bar emas fizikal, premium ditambah ke atas harga pasaran spot emas tersebut. Ini adalah kerana, penghasilan bar atau syiling emas melibatkan kos yang merangkumi: pengangkutan, insurans dan pengurusan. Malah, pada setiap proses tersebut dikenakan margin keuntungan bagi setiap perniagaan yang terlibat; bermula dari kilang penapis yang menghasilkan emas kami sehinggalah kepada pembekal kami.

Kos-kos atau premium ini boleh digelar sebagai ‘premium biasa’, di mana ia adalah stabil bagi tempoh jangka masa panjang.

Dalam kata lain, harga pasaran spot emas global yang dipamerkan dalam talian bukanlah jumlah harga jualan emas apabila pembeli membeli emas fizikal. Harga jualan adalah harga pasaran spot emas global yang ditambah dengan premium biasa ini.

Faktor yang mempengaruhi premium biasa

Terdapat faktor-faktor lain berkaitan emas fizikal yang boleh mengubah premium biasa seperti:

  • Kualiti / Ketulenan dan berat yang ditawarkan
  • Jumlah emas yang ditawarkan atau diminta