Tuntutan anda akan didaftarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dan anda akan menerima nombor rujukan tuntutan. Pembayaran tuntutan anda adalah berdasarkan 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan diluluskan. Tarikh penyiasatan tuntutan adalah antara tujuh (7) hari bekerja hingga empat belas (14) hari bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap.