Tarikh pembayaran bulanan bagi kutipan Direct Debit adalah tarikh anda membuat tetapan e-Mandat Direct Debit anda. Jika hari kutipan jatuh pada Cuti Umum atau hari minggu, kutipan akan dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya.

Pelanggan Baharu

Katakan tetapan Direct Debit anda adalah pada 7 Januari, Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada 7 Februari dan Tarikh Potongan Direct Debit akan berlaku pada 6 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya).

 

Katakan anda membuat tetapan Direct Debit pada 10 Januari, Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada 10 Februari dan Tarikh Potongan Direct Debit akan berlaku pada 9 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya). Tetapi, jika 9 Februari jatuh pada Hari Minggu, potongan hanya akan berlaku pada hari bekerja yang seterusnya, iaitu pada 10 Februari.

 

Jika anda membuat tetapan Direct Debit pada 6 Januari, Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada 6 Januari dan Tarikh Potongan Direct Debit akan berlaku pada 5 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya). Tetapi, jika 5 dan 6 Februari jatuh pada Cuti Umum, potongan hanya akan berlaku pada hari bekerja yang seterusnya, iaitu pada 7 Februari.

 


Pengguna Sedia Ada

Katakan tarikh SmartSaver semasa anda adalah pada 7 Januari dan anda membuat tetapan Direct Debit pada 15 Januari, Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada 7 Februari dan Tarikh Potongan Direct Debit adalah pada 6 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya)

 

Katakan tarikh SmartSaver semasa anda adalah pada 10 Januari, Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada 10 Februari dan jika anda membuat tetapan Direct Debit pada 15 Januari, Tarikh Potongan Direct Debit tersebut akan jatuh pada 9 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya). Tetapi, jika 9 Februari jatuh pada Hari Minggu, potongan dan Tarikh Mula Seterusnya adalah pada hari bekerja yang berikutnya, iaitu pada 10 Februari.

 

Jika anda membuat tetapan SmartSaver pada 6 Januari, Tarikh Mula Seterusnya adalah pada 6 Februari, dan jika anda membuat tetapan Direct Debit pada 15 Januari, tarikh potongan akan jatuh pada 5 Februari (sehari sebelum* Tarikh Mula Seterusnya). Tetapi, jika 5 & 6 Februari adalah Cuti Umum, potongan hanya akan berlaku pada hari bekerja yang berikutnya, iaitu pada 7 Februari. Jadi, Tarikh Potongan dan Tarikh Mula Seterusnya akan jatuh pada hari yang sama, iaitu 7 Februari.