Hanya pengguna HelloGold PRO sahaja yang boleh menebus emas fizikal mereka di HelloGold. Ketahui bagaimana untuk menjadi pengguna HelloGold PRO di sini.

  1. Tekan “Tebus” pada aplikasi HelloGold
  2. Hubungi pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1 300 130 888 (dalam Malaysia) / +603 7661 6228 (luar Malaysia) untuk membuat permintaan penghantaran anda.
  3. Anda kemudiannya akan menerima pengesahan melalui e-mel mengenai tempahan penebusan emas anda.
  4. Sebaik sahaja tempahan telah disahkan, anda akan menerima e-mel yang memaklumkan penghantaran emas anda.

Penyedia jongkong kami menggunakan khidmat penghantaran yang diiktiraf untuk menghantar emas kepada anda. Emas anda akan dihantar ke alamat yang anda berikan kepada kami seperti yang direkodkan dalam pangkalan data kami. Semasa penghantaran, anda akan dikehendaki mengemukakan MyKad / pasport anda secara fizikal untuk memastikan identiti anda sebagai pemegang akaun HelloGold yang menerima sendiri emas anda.

Jika anda tiada untuk menerima emas anda, khidmat penghantaran akan menyimpan emas anda sehingga anda sendiri yang menerimanya. Khidmat penghantaran tidak akan memberikan emas anda kepada sesiapa dan anda tidak boleh mewakilkan sesiapa untuk menerima emas bagi pihak anda seperti ahli keluarga, teman serumah, pengawal keselamatan dan lain-lain.