Ya. Emas anda yang disimpan bersama HelloGold dijaga dengan selamat di bilik kebal di Singapura. HelloGold tidak boleh melakukan apa-apa dengan emas tersebut selain menyimpannya untuk anda (melainkan anda memberitahu HelloGold untuk menjualnya atau menghantarkannya kepada anda). Jika sesuatu berlaku kepada HelloGold, emas anda yang berada di dalam bilik kebal masih lagi milik anda dan akan dikembalikan kepada anda sama ada secara fizikal atau dijual dan nilai tunai tersebut dikembalikan kepada anda.