Hanya ikuti langkah berikut:

  1. Tekan ikon matlamat simpanan anda di laman utama.
  2. Klik “Batalkan SmartSaver” pada ruang menu.
  3. Sahkan pembatalan anda.
  4. Isikan OTP yang dihantar kepada nombor telefon berdaftar anda.
  5. Anda akan menerima notifikasi menerusi aplikasi dan juga e-mel, sebaik sahaja permohonan pembatalan telah diterima dan sekali lagi apabila proses pembatalan selesai.
  6. Sebaik sahaja proses pembatalan selesai, kesemua pembelian emas dalam tempoh langganan SmartSaver tersebut akan dikreditkan semula ke dalam akaun utama HelloGold anda.

Harap maklum sekiranya anda menggunakan aplikasi versi lama (v4.26.x dan ke bawah), anda hanya boleh menetapkan satu matlamat SmartSaver sahaja pada satu masa. Langganan SmartSaver yang baharu tidak dibenarkan ketika pembatalan masih lagi diproses.