Gunakan alamat e-mel baharu anda dan hantarkan maklumat berikut ke [email protected] : Gambar hadapan dan belakang MyKad anda Swafoto Alamat e-mel sedia ada yang ingin ditukar Pertukaran e-mel anda akan dibuat dalam tempoh 24 jam. *Jika anda tidak memiliki MyKad, sila hantarkan gambar Pasport (halaman biometrik) dan pas residen Malaysia anda.
Kategori: Akaun Saya
Bagaimanakah cara untuk mengemaskini nombor telefon saya?
Untuk mengemaskini nombor telefon anda yang berdaftar dengan HelloGold, anda boleh menghubungi kami menerusi: Mesej dalam aplikasi Talian Khidmat Pelanggan di 1 300 130 888 (dalam Malaysia) atau +603 7661 6228 (luar negara) E-mel [email protected] Jika anda ingin membeli emas menggunakan e-dompet Boost, sila pastikan e-dompet Boost anda didaftarkan dengan nombor telefon baharu yang sama. […]
Bagaimanakah cara untuk menukar gambar profil saya?
Setelah pendaftaran akaun anda diluluskan, anda boleh mengemaskini gambar profil dengan mengikuti langkah berikut: Pergi ke “Profil” Klik “Tetapan” Klik “Ubah Profil” Klik pada gambar profil anda dah muat naik gambar baharu Klik “Simpan”
Bagaimanakah cara untuk menukar bahasa dalam aplikasi?
Untuk menukar bahasa dalam aplikasi HelloGold anda, log masuk ke aplikasi dan ikuti langkah berikut: Pergi ke “Profil” Klik “Tetapan” Klik “Bahasa” dan tekan bahasa pilihan anda Klik “Simpan” HelloGold terdapat dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin
Kenapa akaun saya disekat?
Akaun anda mungkin disekat kerana beberapa sebab: Telefon bimbit anda hilang/dicuri; atau Anda telah menukar telefon bimbit anda; atau Anda telah memadam aplikasi pada telefon bimbit anda Untuk membuka sekatan akaun, anda perlu mendapatkan semula akaun anda.
Bagaimana boleh saya mengaktifkan kembali akaun HelloGold saya?
Jika anda kehilangan atau menukar telefon bimbit anda atau telah memadam aplikasi tersebut, berikut ialah cara untuk mendapatkan semula akaun anda: Muat turun Aplikasi HelloGold dari Google Play Store atau App Store, Tekan “Dapatkan Semula Akaun” pada halaman Pendaftaran, Ikuti arahan dalam aplikasi. Sebaik sahaja selesai, permintaan untuk mendapatkan semula akaun akan dihantar dan jika semua maklumat […]
Saya tidak menggunakan akaun HelloGold saya untuk 12 bulan yang lepas, apa yang berlaku kepada emas di dalam akaun saya?
Akaun anda akan kekal dibuka dan anda boleh meninggalkan emas anda di situ seberapa lama yang anda mahu. Caj pentadbiran akan dicaj seperti biasa untuk tujuan penyimpanan emas anda.
Bolehkah saya membuka semula akaun HelloGold saya yang telah tutup sebelum ini?
Ya. Anda boleh mengaktifkan semula akaun anda dengan menghubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami untuk bantuan lanjut di 1 300 130 888 (dalam Malaysia) / +603 7661 6228 (luar Malaysia)
Bagaimanakah cara untuk menutup akaun HelloGold saya?
Jika anda mempunyai sebarang baki emas atau wang tunai di dalam akaun anda, sila kosongkannya sama ada dengan: Menjual semua emas anda dan mengeluarkan wang tunai anda atau Menebus semua simpanan emas anda Sebaik sahaja transaksi telah lengkap, sila padamkan aplikasi tersebut daripada telefon anda.
Apa akan terjadi pada emas saya jika saya meninggal dunia?
Jika apa-apa terjadi pada anda, untuk pemegang akaun yang: Mempunyai wasiat, emas dalam akaun anda akan dirujuk ke wakil geran probet. Tidak mempunyai wasiat, emas dalam akaun anda akan dirujuk ke pentadbir wasiat.