Senang sahaja untuk menjual emas. 1. Masukkan amaun emas yang anda ingin jual, 2. Sahkan tempahan anda, 3. Masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan, 4. Wang tunai anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda dengan serta-merta Ketahui lebih lanjut tentang Caj apabila anda melakukan transaksi di HelloGold.
Kategori: Belian & Jualan Emas
Bagaimana untuk membeli emas?
Tekan “Beli Emas” sebaik sahaja anda log masuk. Masukkan jumlah emas yang ingin dibeli. Pilih cara pembayaran daripada senarai berikut: Baki Tunai Masukkan kata laluan (One-Time-Password) setelah anda mengesahkan pesanan anda. Perbankan Atas Talian Pilih bank pilihan anda, masukkan e-mel anda (Tidak Wajib) dan klik check box untuk bersetuju dengan terma dan syarat dari pembekal […]
Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses transaksi emas saya?
Transaksi pembelian dan penjualan emas akan diproses serta-merta.
Berapa kali dalam sehari saya boleh membeli / menjual emas?
Anda boleh membeli emas 23 jam sehari, 7 hari seminggu dan seberapa banyak kali yang anda mahu di HelloGold. Setiap malam selama 1 jam, kami menjadualkan penyenggaraan harian kami antara 12:00 pagi – 1:00 pagi.
Berapa banyak emas yang saya boleh simpan di dalam akaun HelloGold saya?
Tiada had untuk jumlah penyimpanan emas di dalam akaun HelloGold anda.
Apakah had yang ditetapkan untuk membeli emas?
Anda boleh membeli emas sebanyak mungkin asalkan anda mempunyai baki tunai yang mencukupi di dalam akaun anda.
Bolehkah saya membatalkan transaksi yang telah dibuat?
Tidak boleh. Sebaik sahaja transaksi telah disahkan, ia tidak boleh dibatalkan.
Adakah harga emas diniagakan secara langsung?
Ya. Kami memaparkan harga emas terkini berdasarkan harga emas fizikal yang diberikan oleh pembekal kami. Ia turut dikemas kini pada setiap 1 minit.
Adakah nombor yang dipaparkan untuk harga menjual dan membeli dibundarkan?
Harga yang ditunjukkan di aplikasi kami dibundarkan atau dibundarkan dengan nilai terdekat untuk tujuan paparan. Apabila transaksi dibuat, kami akan menyatakan harga tepat untuk pengiraan termasuk jumlah sebenar sehingga 32 tempat perpuluhan.
Mengapa transaksi saya untuk membeli emas gagal?
Terdapat beberapa sebab mengapa transaksi anda mungkin gagal:- – Anda tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi di dalam akaun anda. Sila tambah jumlah baki anda. – Anda kehilangan sambungan Internet ketika melakukan transaksi. – Waktu transaksi anda telah tamat. Anda perlu melengkapkan transaksi anda dalam masa 5 minit. Jika harga berubah kami perlu menyediakan harga […]