Caj Transaksi Beli dan Jual

Caj transaksi boleh mencapai sehingga 2% daripada jumlah transaksi anda. Anda boleh menyemak caj bagi transaksi pembelian atau penjualan sebelum mengesahkannya. Caj Transaksi ini adalah untuk menjana kos penyenggaraan, pelarasan dan perkembangan bagi platform kami.

Baca Lebih Lanjut

Caj Pentadbiran

Kami mengenakan caj pentadbiran tahunan sebanyak 2% untuk memastikan emas anda selamat dan terjamin. Caj dikira setiap hari dan dikenakan secara bulanan. Sekiranya anda menjual emas anda sebelum tempoh caj bulanan, caj anda akan dikira berdasarkan bilangan hari emas anda disimpan dengan kami.

Baca Lebih Lanjut

Caj Penebusan

Caj untuk penebusan berbeza berdasarkan berat emas yang anda tebus dan termasuk perkhidmatan pentadbiran, penghantaran dan insurans. Sebaik sahaja selesai dikira, nilai caj tersebut akan ditolak daripada akaun emas anda.

Baca Lebih Lanjut

Harga Belian dan Jualan Hujung Minggu

Harga emas hujung minggu kami adalah berbeza. Ini kerana pasaran emas New York ditutup pada hujung minggu dan cuti am US, ini bermakna ianya lebih mahal untuk HelloGold kekal dibuka untuk perniagaan. Berikut ialah kadar hujung minggu kami: Beli – 2% lebih tinggi daripada hari biasa Jual – 2% lebih rendah daripada hujung minggu

Baca Lebih Lanjut