Direct Debit anda akan diberhentikan secara automatik selepas kutipan dilakukan, sama ada kutipan itu berjaya, atau tidak. Kemudian, anda perlu mengaktifkan semula Direct Debit atau menambah dana secara manual menerusi FPX, Boost atau Touch ‘n Go
Kategori: HelloGold SmartSaver
Bolehkah saya membatalkan SmartSaver pada bulan terakhir langganan saya?
Ya, anda boleh. Tetapi, pembatalan SmartSaver hanya akan berkuatkuasa pada hari terakhir kitaran langganan anda. Anda akan menerima e-mel pemberitahuan apabila pembatalan telah dilakukan.
Apabila saya membatalkan SmartSaver, apakah yang akan berlaku kepada tetapan Direct Debit yang dibuat?
Tetapan Direct Debit anda akan dibatalkan serta-merta setelah kami menerima permohonan pembatalan daripada anda, dan tiada sebarang kutipan yang akan dibuat untuk bulan seterusnya.
Bolehkah saya memansuhkan permohonan pembatalan saya?
Tidak boleh. Sebaik sahaja permohonan pembatalan dibuat, anda tidak boleh memansuhkan permohonan tersebut. Jika anda menggunakan aplikasi versi lama (v4.26.x dan ke bawah), anda juga tidak akan dapat melanggan matlamat SmartSaver yang baharu sehingga pembatalan selesai.
Mengapakah emas dan wang saya tidak dikreditkan semula ke dalam akaun HelloGold serta-merta setelah permohonan pembatalan dibuat?
Pindaan telah dibuat ke atas polisi pembatalan SmartSaver kami di mana pembatalan tidak lagi berkuatkuasa secara serta-merta. Pembatalan hanya akan dikuatkuasakan pada penghujung kitaran bulanan anda pada waktu permohonan dibuat. Ini bermaksud, setelah permohonan pembatalan diterima, baki dana akan terus digunakan untuk membeli emas sehingga hari terakhir pada kitaran tersebut. Jadi, emas akan dikreditkan semula […]
Apakah HelloGold SmartSaver?
HelloGold SmartSaver adalah untuk menggalakkan orang ramai agar menyimpan dalam bentuk emas pada harga harian terendah dalam tempoh tertentu untuk membantu mereka mencapai simpanan yang diinginkan.
Bagaimana ia berfungsi?
HelloGold SmartSaver adalah cara mudah untuk menentukan matlamat dan seberapa cepat anda mahu mencapainya. Apa yang anda perlu lakukan adalah: Pilih matlamat yang anda inginkan Berikan jumlah nilai wang yang anda ingin simpan Setiap kali anda menambah nilai ke akaun SmartSaver anda, HelloGold akan membeli emas untuk anda setiap hari bekerja, pada harga terendah setiap […]
Berapa lamakah tempoh pelan SmartSaver?
Terdapat tempoh tetap selama 12 bulan bagaimanapun anda boleh membatalkan bila-bila masa sahaja sepanjang penyimpanan tanpa sebarang kos.
Berapakah bayaran minimum bulanan?
Minimum bulanan ialah Rm30.00.
Bagaimana untuk mula menyimpan dengan HelloGold SmartSaver?
Langkah-langkah adalah seperti berikut: Klik pada kad HelloGold SmartSaver di laman utama. Pilih matlamat simpanan anda. Masukkan jumlah bulanan anda untuk mencapai matlamat anda sendiri untuk 12 bulan akan datang. Setelah pendaftaran, untuk sebulan akan datang HelloGold akan membeli emas bagi pihak anda pada hari bekerja berikutnya dengan harga terendah harian. Sebelum akhir bulan, anda […]
Bagaimanakah cara untuk memulakan simpanan emas dengan HelloGold SmartSaver?
Anda hanya perlu: Tekan SmartSaver ikon di laman utama. Klik “Daftar Sekarang” di SmartSaver skrin. Pilih Matlamat. Isikan jumlah dana yang ingin anda masukkan. Tetapkan pilihan cara pembayaran (Baki Tunai, Perbankan Online, Boost atau Touch ‘n Go). Sahkan transaksi dan selamat menabung!
Jikalau saya ingin membatalkan HelloGold SmartSaver apakah perlu saya buat?
Hanya ikuti langkah berikut: Tekan ikon matlamat simpanan anda di laman utama. Klik “Batalkan SmartSaver” pada ruang menu. Sahkan pembatalan anda. Isikan OTP yang dihantar kepada nombor telefon berdaftar anda. Anda akan menerima notifikasi menerusi aplikasi dan juga e-mel, sebaik sahaja permohonan pembatalan telah diterima dan sekali lagi apabila proses pembatalan selesai. Sebaik sahaja proses […]
Apakah yang akan berlaku selepas pelan tamat tempoh?
Setelah pelan tamat tempoh, jumlah pembelian emas akan dipindahkan secara automatik ke akaun utama HelloGold anda.
Bolehkah saya menjual, mengirim atau menebus emas yang dibeli di dalam akaun HelloGold SmartSaver saya?
Untuk menjual, mengirim dan menebus emas di dalam akaun SmartSaver anda, anda perlu menunggu sehingga pelan tersebut selesai atau batalkan akaun HelloGold SmartSaver anda. Setelah tamat tempoh pelan atau pelan dibatalkan, emas yang telah dibeli akan dipindahkan secara automatik ke akaun utama HelloGold anda. Selepas itu anda boleh menjual, mengirim atau menebus emas seperti yang […]
Bolehkah saya mengubah dana bulanan HelloGold SmartSaver saya?
Ya, anda boleh menukar jumlah dana yang anda ingin menambah ke dalam akaun SmartSaver anda setiap bulan. Sila ambil perhatian bahawa dana yang ditambahkan ke akaun SmartSaver anda tidak boleh dikeluarkan melainkan anda membatalkan atau melengkapkan tempoh pelan SmartSaver anda.
Bolehkah saya menukar matlamat simpanan saya?
Sekiranya anda ingin menukar matlamat simpanan anda, anda boleh menunggu sehingga pelan tersebut selesai atau membatalkan pelan HelloGold SmartSaver anda yang sedia ada dan mulakan pelan baru.
Saya baru sahaja menambah dana sebanyak RM100 ke dalam akaun HelloGold SmartSaver, tetapi mengapa ia masih menunjukkan 0 gram emas?
Jika anda menambah dana pada: Hari Bekerja – pembelian emas pertama akan dibuat pada penghujung Hari 1. Hari Minggu/Cuti Umum – pembelian emas pertama akan dibuat pada hari bekerja yang seterusnya. Harap maklum: Pembelian emas anda tidak akan dibuat sekiranya transaksi SmartSaver anda berstatus Sedang Diproses.
Adakah pelanggan akan dimaklumkan apabila emas dibeli melalui SmartSaver?
Apabila pembelian pertama emas dibuat melalui SmartSaver selepas tambahan dana, kami akan menghantar e-mel pemberitahuan kepada anda. Selepas itu e-mel tidak lagi akan dihantar sehingga anda melengkapkannya tambahan dana yang seterusnya. Anda boleh log masuk ke aplikasi untuk menyemak progres akaun SmartSaver anda.
Bolehkah saya memilih lebih daripada 1 matlamat SmartSaver pada satu masa?
Ya, anda boleh. Dengan HelloGold versi v4.27.1 dan ke atas, anda boleh menetapkan lebih daripada 1 matlamat SmartSaver dalam satu masa. Walau bagaimanapun, untuk aplikasi versi lama (v4.26.x dan ke bawah), anda hanya boleh menetapkan 1 matlamat SmartSaver sahaja.
Bagaimana anda menentukan harga harian terendah?
Kami melihat harga terendah setiap hari bekerja (00:00:00 hingga 23:59:59) dan kami komited untuk melaksanakan pembelian anda pada harga tersebut untuk akaun SmartSaver anda. Pembelian anda akan dilaksanakan antara jam 00:00:00 hingga 02:00:00 pada keesokan harinya.
Apakah caj yang akan dikenakan untuk memulakan akaun HelloGold SmartSaver?
Tiada caj tambahan akan dikenakan apabila anda membuka akaun HelloGold SmartSaver. Caj Pentadbiran Tahunan kekal sama untuk sebarang pembelian emas menerusi akaun SmartSaver.
Bagaimana jika saya terlepas tarikh pembayaran?
Pelan simpanan anda akan diberhentikan sehingga anda membuat bayaran ansuran selanjutnya. Untuk mencapai matlamat anda dalam tempoh 12 bulan, kami menasihatkan anda untuk membuat pembayaran anda dengan segera sebelum pelan anda menjadi tertunggak. Bayaran boleh dibuat 7 hari sebelum tarikh akhir pembayaran.
Apakah itu Direct Debit untuk SmartSaver?
Direct Debit adalah cara mudah untuk membuat caruman bulanan berulang bagi membiayai matlamat SmartSaver anda. Dengannya, caruman bulanan anda akan ditolak secara automatik dari akaun bank pilihan anda.
Bagaimanakah Direct Debit berfungsi?
Direct Debit membolehkan HelloGold membuat kutipan caruman bulanan SmartSaver dari akaun bank anda apabila sampai masanya. Dengan melengkapkan e-Mandat Direct Debit atas talian, SmartSaver anda akan dibiayai secara automatik setiap bulan.
Mengapakah saya patut menggunakan Direct Debit untuk SmartSaver?
Direct Debit adalah cara mudah dan menjimatkan waktu dengan membuat penolakan automatik untuk caruman bulanan supaya anda tidak terlepas daripada membiayai matlamat SmartSaver anda. Anda hanya perlu lakukan sekali tetapan, kemudian tunggu dan lihat simpanan anda berkembang.
Apakah tempoh bagi Direct Debit?
Untuk pelanggan baharu SmartSaver, tempoh yang ditetapkan adalah 11 bulan. Bulan pertama anda perlu dibiayai secara manual menerusi dompet HelloGold, Boost, Touch ‘n Go atau FPX dan baki 11 bulan seterusnya akan dibiayai menerusi Direct Debit. Untuk pelanggan sedia ada SmartSaver pula, tempoh Direct Debit adalah mengikut baki bulan yang tinggal dalam mencapai matlamat SmartSaver […]
Bilakah kutipan Direct Debit SmartSaver akan dilakukan?
Tarikh pembayaran bulanan bagi kutipan Direct Debit adalah tarikh anda membuat tetapan e-Mandat Direct Debit anda. Jika hari kutipan jatuh pada Cuti Umum atau hari minggu, kutipan akan dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya. Pelanggan Baharu Pengguna Sedia Ada
Bagaimanakah cara untuk menetapkan Direct Debit untuk matlamat SmartSaver saya?
Untuk pelanggan baharu SmartSaver, setelah anda membiayai bulan pertama secara manual, anda akan diberitahu untuk membuat tetapan Direct Debit* bagi 11 bulan yang akan datang. Untuk pengguna sedia ada SmartSaver, tetapan Direct Debit* untuk baki bulan yang tinggal boleh dibuat di halaman SmartSaver anda. Tetapan Direct Debit tidak akan berjaya sekiranya: Transaksi SmartSaver anda berstatus […]
Mengapakah status Direct Debit saya ‘Diproses’?
Status Direct Debit anda ‘Diproses’ kerana ia masih menanti kelulusan daripada pihak bank anda. Ia mungkin memakan masa 2 hari bekerja. Setelah permohonan anda diluluskan, status ini akan bertukar kepada ‘Aktif’. Anda akan diberitahu menerusi e-mel dan notifikasi dari aplikasi. Harap maklum, anda tidak boleh membatalkan Direct Debit ketika ia masih dalam status ‘Diproses’.
Bilakah langganan Direct Debit saya akan diluluskan?
Kelulusan dari pihak bank anda untuk permohonan Direct Debit akan mengambil masa selama 2 hari bekerja. Setelah diluluskan, status ‘Aktif’ akan tertera di dashboard SmartSaver anda.
Mengapakah Direct Debit saya ‘Gagal’?
Situasi ini jarang berlaku, walaubagaimana pun ia akan terjadi sekiranya bank anda tidak meluluskan permohonan Direct Debit tersebut. Sila hubungi pihak bank anda untuk maklumat lanjut.
Apakah yang akan berlaku jika penolakan Direct Debit saya tidak berjaya?
Jika pembayaran Direct Debit anda tidak berjaya pada bulan tertentu, kami akan beranggapan bahawa matlamat SmartSaver anda pada bulan tersebut tidak dibiayai. Kitaran bayaran anda akan kekal sama dan tidak akan dianjak ke bulan seterusnya. Sila pastikan baki di dalam akaun bank anda mencukupi sebelum tarikh penolakan bulanan anda.
Bolehkah saya batalkan langganan Direct Debit?
Ya, anda boleh membatalkan Direct Debit anda (jika ia Aktif) pada bila-bila masa di dashboard SmartSaver anda. Caj pembatalan RM1 akan dikenakan dari akaun bank anda. Harap maklum bahawa pembatalan tidak boleh dilakukan; Ketika permohonan Direct Debit masih dalam peringkat “Diproses” Pada hari pemotongan yang ditetapkan Jika permintaan pembatalan sedang diproses
Apakah yang akan berlaku jika saya Batalkan SmartSaver?
Jika anda membatalkan SmartSaver ketika Direct Debit sedang Aktif, Direct Debit anda juga akan diberhentikan ketika proses pembatalan SmartSaver tersebut. Caj pembatalan RM1 akan dikenakan dari bank akaun anda untuk permintaan ini. Harap maklum bahawa pembatalan tidak boleh dilakukan; Ketika permohonan Direct Debit masih dalam peringkat “Diproses” Pada hari pemotongan yang ditetapkan Jika permintaan pembatalan […]
Bolehkah saya melanggan Direct Debit untuk 1 bulan dan membuat caruman secara manual untuk bulan seterusnya?
Tidak boleh. Ketika Direct Debit sedang Aktif, anda tidak boleh membiayai SmartSaver anda secara manual. Untuk berbuat demikian, langganan Direct Debit anda harus dibatalkan terlebih dahulu.
Bolehkah saya membuat caruman untuk SmartSaver secara manual ketika status Direct Debit saya Diproses/Aktif?
Tidak boleh. Ketika status Direct Debit anda sedang Diproses/Aktif, anda tidak dibenarkan untuk membiayai matlamat anda secara manual kerana ia akan menjejaskan tarikh akhir, tarikh pembayaran dan tempoh SmartSaver serta Direct Debit anda.
Bolehkah saya mengubah jumlah caruman bulanan SmartSaver jika saya menggunakan Direct Debit?
Tidak boleh. Ketika Direct Debit sedang Aktif, kami hanya akan menolak jumlah yang telah dipersetujui ketika kali pertama anda membuat tetapan Direct Debit tersebut.
Apakah yang akan berlaku apabila tempoh Direct Debit saya tamat?
Apabila tempoh Direct Debit anda tamat, anda akan diberitahu untuk membuat tetapan e-Mandat baharu untuk menjadikan pembiayaan bulanan anda automatik apabila matlamat SmartSaver yang seterusnya dimulakan.
Apakah caj-caj yang akan dikenakan?
Pendaftaran e-Mandat Direct Debit: RM1 (dikembalikan serta-merta ke akaun utama HelloGold anda setelah permohonan Direct Debit berjaya) Caj Transaksi Bulanan: RM1 Caj Pembatalan: RM1
Apakah bank-bank yang turut serta bagi Direct Debit SmartSaver?
Affin Bank Alliance Bank AmBank CIMB Clicks Bank Islam Bank Rakyat Bank Muamalat Hong Leong Bank HSBC Bank Maybank OCBC Bank Public Bank RHB Bank Standard Chartered UOB Bank