Dengan penyediaan semasa kami untuk keselamatan pengguna, kata laluan HelloGold anda pada aplikasi telefon disimpan ke telefon anda dan tidak meninggalkan peranti anda. Ini bermaksud kata laluan anda di aplikasi telefon tidak diselaraskan ke akaun HelloGold web anda, dan anda diharuskan mempunyai dua kata laluan untuk akaun HelloGold anda. Kami memahami bahawa mengaktifkan penyediaan log […]
Kategori: Muat Turun & Pendaftaran
Saya telah daftar akaun HelloGold web, bagaimana saya boleh mengaksesnya melalui aplikasi telefon HelloGold saya?
Untuk mula mengakses akaun anda di aplikasi HelloGold di telefon, anda perlu melalui proses Dapatkan Semula akaun. Setelah anda telah muat turun aplikasi HelloGold dari Google Play, App Store ataupun Galaxy Store, sila ikut langkah-langkah di sini untuk dapatkan semula akaun anda. Anda akan diminta untuk menetapkan kata laluan baru untuk log masuk aplikasi telefon […]
Saya sudah mempunyai akaun HelloGold di telefon saya. Bagaimana untuk mengaksesnya melalui web?
Untuk mula mengakses akaun anda di web, anda hanya perlu melalui proses pengaktifan kami. Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah: Buka HelloGold di web dengan memassukkan https://web.hellogold.com/ di bar alamat pelayar web anda. Pilih bahasa pilihan anda dan tekan “Log Masuk”. Masukkan butiran log masuk yang anda gunakan untuk aplikasi telefon anda dan tekan “Hantar” Buka […]
OTP masih belum dihantar ke nombor telefon saya yang berdaftar. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah tepat dan liputan rangkaian telefon anda berfungsi. Jika masih bermasalah, sila hubungi pembekal khidmat mudah alih anda untuk memastkan anda boleh menerima mesej dari nombor 68886 kerana ia mungkin telah disekat.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pengesahan e-mel?
Anda perlu mengesahkan alamat e-mel anda untuk menerima pengesahan transaksi, maklumat keselamatan dan butiran penting tentang akaun anda. Kami akan menghantar e-mel ke alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun HelloGold. Hanya klik pada pautan yang diberikan untuk membuat pengesahan. Jika anda tidak menerima e-mel tersebut, sila semak folder spam atau mohon untuk penghantaran […]
Akaun saya masih belum ditukar ke PRO setelah semua dokumen dihantar, mengapa?
Ia mengambil masa 1 hari bekerja untuk menyemak dokumen yang telah anda hantarkan. Anda akan dihubungi menerusi e-mel setelah semakan selesai. Jika permohonan pertukaran akaun anda masih tergantung lebih dari tempoh 1 hari bekerja ATAU ia tidak berjaya, sila hubungi kami di 1 300 130 888 (dalam Malaysia) atau +603 7661 6228 (luar Malaysia) atau […]
Bagaimanakah cara untuk bertukar dari akaun Biasa ke akaun PRO?
Bertukar dari akaun HelloGold Biasa ke HelloGold PRO adalah sangat mudah dan percuma. Lakukannya dengan mengesahkan identiti anda mengikut 3 langkah di bawah: Ambil gambar bahagian hadapan MyKad / halaman biometrik pasport anda Ambil gambar bahagian belakang MyKad / pas residen anda Ambil swafoto Dengan akaun HelloGold PRO, anda boleh mengeluarkan tunai, menebus emas dan […]
Mengapa saya perlu memberikan MyKad / gambar Pasport dan swafoto untuk bertukar ke akaun HelloGold PRO?
Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memenuhi piawaian industri bagi mengawal data anda dan melindungi emas anda. Kami memerlukan gambar MyKad / Pasport dan swafoto (selfie) anda untuk mengesahkan identiti anda serupa sepertimana bank meminta gambar MyKad / Pasport anda untuk tujuan pengesahan. Ini bagi menghalang HelloGold daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, oleh unsur […]
Apakah perbezaan di antara akaun HelloGold Biasa dan HelloGold PRO?
Kami menawarkan 2 peringkat bagi akaun HelloGold: Biasa dan PRO. Akaun HelloGold Biasa membolehkan anda membeli dan menjual emas dengan had keseluruhan sebanyak RM1,500. Manakala, akaun HelloGold PRO pula membolehkan anda menikmati semua kelebihan yang ditawarkan oleh HelloGold.
Pas residen apakah yang diterima untuk pendaftaran akaun HelloGold di Malaysia bagi warganegara asing?
Pas residen sah yang diterima untuk pendaftaran akaun HelloGold bagi warganegara asing adalah: 1.Pas Penggajian 2. Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang 3. Pegawai Dagang dan Anak yang telah mendapat PR 4. Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara 5. Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara 6. Pas Pelajar 7. Pas Lawatan Ikhtisas 8. Pas […]
Bagaimanakah cara untuk saya memasang aplikasi HelloGold mobile?
Aplikasi HelloGold boleh dimuat turun pada iOS, Android dan web. Untuk Android: Buka laman web Google Play Store atau Google Play Store di telefon pintar Android anda. Cari “HelloGold” Tekan “Install” dan Lihat kebenaran yang diminta dan pilih “OK” Untuk iOS: Buka App Store Cari “HelloGold” Tekan “Get” Untuk web: Pergi ke https://web.hellogold.com/
Adakah saya perlu membayar untuk memuat turun aplikasi HelloGold?
Tidak perlu. Aplikasi kami boleh dimuat turun secara percuma. Pendaftaran untuk akaun HelloGold juga adalah percuma. Caj data tambahan mungkin dikenakan bergantung kepada penyedia perkhidmatan anda.
Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh sistem pengendalian?
Aplikasi HelloGold boleh didapati untuk telefon mudah alih berperanti Android, iOS dan web. Untuk Android: Ia beroperasi dengan mana-mana telefon pintar Android yang menggunakan peranti Android 5 atau ke atas dengan storan minimum 40MB. Untuk iOS: Sebarang peranti iOS (iPhone, iPad atau iPod touch) yang menggunakan iOS 11.0 atau ke atas dengan storan minimum 35MB. […]
Berapa banyak data yang diperlukan untuk aplikasi ini?
Aplikasi HelloGold akan menggunakan data mudah alih anda untuk menghantar dan menerima data akaun daripada pelayan kami dengan selamat. Jumlah data yang digunakan adalah berbeza bergantung kepada berapa lama anda menggunakan aplikasi HelloGold dan berapa banyak bilangan transaksi anda. Sila semak dengan penyedia perkhidmatan anda berhubung dengan sebarang caj data mudah alih yang mungkin dikenakan.
Siapakah yang layak membuka akaun HelloGold?
Akaun HelloGold boleh dibuka jika anda: 1. Berusia 18 tahun dan ke atas 2. Memiliki MyKad (bagi warganegara Malaysia) ATAU memiliki Pasport yang sah dan Pas Residen yang sah (bagi warganegara asing) 3. Mempunyai akaun bank di Malaysia
Bagaimana saya boleh membuka akaun HelloGold?
Selepas anda memuat turun aplikasi HelloGold, ikuti 3 langkah berikut untuk mula menggunakannya: 1) Buka akaun menggunakan alamat e-mel anda 2) Sahkan alamat e-mel anda 3) Masukkan butiran peribadi dan nombor telefon anda Selesai! Dengan akaun HelloGold Biasa ini, anda boleh mula beli emas! Anda juga boleh bertukar ke akaun HelloGold PRO secara percuma dengan […]
Berapa akaun yang boleh dibuka?
Anda hanya boleh mempunyai SATU akaun yang didaftarkan di bawah nama anda.
Apakah KYC?
Know Your Customer (KYC) ialah proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan kami. Kami sangat mengambil berat hal keselamatan dalam talian dan mengamalkan polisi KYC untuk mencegah kecurian pengenalan, penipuan kewangan, pelaburan wang haram dan pembiayaan pengganas.
Apakah OTP?
OTP ialah One Time Passcode yang dihantar kepada nombor telefon mudah alih berdaftar anda untuk tujuan pengesahan dan keselamatan.
Bolehkah saya membuka akaun korporat untuk syarikat saya?
Tidak boleh. Pada masa ini kami tidak menawarkan akaun korporat.