Walaupun butiran tambahan ini tidak diperlukan ketika mendaftar untuk matlamat Micro Lifestyle Insurance, butiran tambahan ini akan membantu kami dalam menjaga keselamatan akaun anda, sambil memastikan proses yang lebih lancar dalam membuat tuntutan masa depan anda. Maklumat alamat yang digunakan di KYC Maklumat benefisiari
Kategori: Micro Lifestyle Insurance
Apakah dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan?
Dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan: Borang Tuntutan yang di isi – melalui e-mel ke Senang ([email protected]) Laporan polis Laporan perubatan (tidak diperlukan untuk tuntutan di bawah RM250.00) Sijil Perubatan Salinan kad pengenalan (kedua-dua belah pihak) Resit / bil asal Sekiranya cacat kekal – Laporan Pakar Salinan Laporan Post Mortem Salinan Sijil Kematian Salinan sijil […]
Perlukah saya memberitahu waris/benefisiari saya bahawa saya mempunyai polisi ini?
Ya. Dengan memaklumkan waris/benefisiari anda dan memastikan maklumat mereka dikemas kini, anda dapat membantu proses yang lancar ketika mereka ingin membuat tuntutan kelak.
Berapa kali saya boleh melakukan tuntutan?
Anda boleh membuat satu (1) tuntutan setiap faedah setiap tahun.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses tuntutan saya?
Tuntutan anda akan didaftarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dan anda akan menerima nombor rujukan tuntutan. Pembayaran tuntutan anda adalah berdasarkan 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan diluluskan. Tarikh penyiasatan tuntutan adalah antara tujuh (7) hari bekerja hingga empat belas (14) hari bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap.
Bagaimanakah saya melakukan tuntutan?
Hanya ikut langkah berikut: Log masuk ke portal Senang anda di https://www.senangpks.com.my/make_claim Pilih jenis insiden yang sesuai, yang berkaitan dengan tuntutan anda Masukkan jumlah yang ingin anda tuntut Muat naik dokumen yang diperlukan untuk tuntutan tersebut Sertakan butiran tambahan tuntutan seperti bagaimana dan bila insiden itu berlaku Kemukakan tuntutan anda. Tuntutan anda akan didaftarkan dalam […]
Bagaimana saya mencalonkan benefisiari untuk polisi ini?
Anda boleh mencalonkan benefisiari melalui aplikasi HelloGold, dan melalui Profil > Maklumat Saya.
Bolehkah saya menukar pemilikan polisi?
Tidak, pemilikan polisi tidak boleh ditukar.
Saya tidak menerima e-mel setelah membuat pembelian.
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1 300 130 888 (dalam Malaysia) / +603 7661 6228 (luar Malaysia) ataupun e-mel ke [email protected]
Apa yang saya perlukan jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat peribadi saya?
Anda boleh mengemas kini alamat dan/atau maklumat benefisiari melalui aplikasi HelloGold dan melalui Profil > Maklumat Saya
Siapa yang patut saya hubungi untuk mendapatkan maklumat berkaitan polisi saya?
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1 300 130 888 (dalam Malaysia) / +603 7661 6228 (luar Malaysia) ataupun e-mel ke [email protected]
Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan polisi?
Hanya ikut langkah berikut: Pilih matlamat Micro Lifestyle Insurance anda. Klik “Batalkan SmartSaver” dari menu. Sahkan pembatalan anda. Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar anda. Anda akan diberitahu melalui aplikasi dan juga melalui e-mel, pertama ketika permintaan pembatalan telah diterima dan kemudiannya setelah proses pembatalan selesai. Setelah proses pembatalan selesai, polisi anda akan […]
Di manakah saya dapat melihat butiran polisi saya?
Setelah membuat pembelian, anda akan menerima e-mel dari rakan kami (Senang) yang mengandungi sijil insurans terperinci beserta penerangan polisi untuk perlindungan berkaitan dan cara untuk membuat tuntutan.
Berapa lamakah masa yang di ambil untuk polisi ini dikeluarkan?
Sijil insurans ini akan dikeluarkan selepas pembayaran dibuat. Sijil ini akan dihantar kepada anda melalui e-mel dalam masa 7 hari bekerja.
Berapa lamakah masa yang di ambil untuk polisi ini berkuat kuasa?
Polisi ini berkuat kuasa serta merta berdasarkan tarikh pembayaran.
Bolehkah saya membuat pembelian untuk orang lain?
Tidak, hanya pengguna HelloGold yang layak untuk membuat pembelian polisi insurans ini.
Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah polisi ini?
Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas tuntutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau disebabkan dari: Orang yang diinsuranskan terlibat atau mengambil bahagian dalam: Perkhidmatan atau operasi angkatan tentera, tentera laut atau udara; Sukan profesional, sukan musim sejuk selain meluncur; Panjat tebing atau pendakian gunung yang memerlukan penggunaan tali atau pemandu, berjalan kaki, meluncur […]
Apakah yang termasuk dalam Kematian Akibat Kemalangan/Hilang Upaya Kekal?
Kematian dan Hilang Upaya Kekal Kematian Akibat Kemalangan – Jumlah Modal mengikut Jadual Polisi yang dilampirkan Hilang Upaya Kekal – Peratusan Jumlah Modal berikut mengikut Jadual Polisi yang dilampirkan Kematian yang tidak disengajakan/hilang upaya kekal seperti di bawah: Item Events Percentage(%) of Capital Sum 1. Kehilangan anggota badan (dua anggota badan) 100% 2. Kehilangan kedua-dua […]
Apakah perlindungan/faedah yang diberikan?
Faedah termasuk: Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal Sejumlah RM5,000.00 jumlah insurans tidak disengajakan akan dibayar sekiranya kematian secara tidak sengaja terjadi kepada orang yang dilindungi. Perbelanjaan Pengkebumian Jumlah diinsuranskan sebanyak RM 1,000.00 dibayar kepada waris untuk perbelanjaan kos pengkebumian dan pembakaran mayat. Tuntutan hanya boleh dibuat jika kematian adalah sebab semula jadi. Wang Tunai […]
Bagaimanakah saya mendaftar untuk HelloGold Micro Lifestyle Insurance?
Pendaftaran untuk HelloGold Micro Lifestyle Insurance sangat mudah! Cipta matlamat SmartSaver baharu Pilih matlamat Micro Lifestyle Insurance Masukkan jumlah yang anda ingin capai untuk matlamat ini setiap bulan Pilih cara pembayaran yang anda inginkan Semak dan sahkan urus niaga anda Setelah pembayaran anda berjaya, anda akan dilindungi! Untuk kekal dilindungi dan mengelakkan pembatalan polisi, sila […]
Bolehkah saya mendaftar untuk Micro Lifestyle Insurance?
Anda boleh mendaftar Micro Lifestyle Insurance jika anda: Pengguna HelloGold Pro Malaysia Berumur 18 – 40 tahun
Apa itu Micro Lifestyle Insurance?
Micro Lifestyle Insurance menawarkan perlindungan menyeluruh dan berpatutan untuk ahli HelloGold serendah RM3 sebulan. Insurans ini ditaja jamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad, dan di kuasakan oleh Senang.