Kami akan menghantar e-mel sebaik sahaja ganjaran kod promosi anda dimasukkan. Anda juga boleh menyemak rekod transaksi untuk maklumat lanjut.
Kategori: Ganjaran
Kod-kod promosi saya tidak lagi dalam senarai kod promosi yang aktif, mengapa?
Kod promosi akan dikeluarkan daripada senarai kod promosi yang aktif setelah ia luput.
Saya belum menerima ganjaran emas, mengapa?
Jika anda belum menerima ganjaran setelah memasukkan kod promosi, antara sebabnya adalah: 1) Anda tidak menepati terma dan syarat untuk menerima ganjaran tersebut. 2) Kod promosi anda telah ditebus sepenuhnya oleh pengguna lain.
Adakah kod promosi akan luput?
Ya, anda boleh menyemak tarikh luput kod promosi anda seperti yang tertera di dalam terma & syarat atau di dalam aplikasi HelloGold.
Promo kod saya tidak boleh digunakan, mengapa?
Jika kod promosi anda tidak boleh digunakan, antara sebabnya adalah: 1) kod promosi anda telah luput 2) anda tidak menepati kriteria seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat untuk menggunakan kod promosi. 3) Kod promosi itu telah ditebus sepenuhnya oleh pengguna lain.
Apa yang saya perlu tahu sebelum menggunakan kod promosi?
Kod promosi hanya layak untuk pelanggan baru sahaja yang berjaya mendaftar di HelloGold dalam tempoh promosi. Sila semak terma dan syarat kod promosi apabila anda memasukkan Kod di dalam aplikasi HelloGold.
Bagaimana cara memasukkan kod promosi?
Tekan “Ganjaran” dalam bar menu dan pilih tab “Isikan kod”. Masukkan Kod Promosi dan klik “GUNA”.