Jika Kod Rujukan anda tidak berfungsi, sila hubungi Khidmat Peanggan kami di: 1 300 130 888 (dalam Malaysia) +603 7661 6228 (luar Malaysia) Atau, e-mel ke: [email protected]
Kategori: Rujukan
Bagaimanakah cara untuk menyemak status ganjaran di dalam aplikasi?
Anda boleh menyemak jika ganjaran telah diterima menerusi langkah berikut: 1. Log masuk ke aplikasi HelloGold 2. Klik “Rekod” (untuk Android: Klik “Rekod Transaksi” di bahagian menu) 3. Setiap ganjaran yang diterima dilabel dengan “Bonus Rujukan”
Bilakah ganjaran bagi Promosi Rujukan akan diberikan?
Anda akan menerima ganjaran tersebut secara serta-merta setelah rakan anda berjaya menggunakan kod tersebut dengan pembelian emas minimum yang ditetapkan bagi Promosi Rujukan ini.
Bolehkah saya membuat lebih dari satu pembelian emas untuk mendapatkan diskaun tersebut?
Tidak boleh. Promosi Kod Rujukan ini hanya sah dalam satu pembelian emas minimum yang ditetapkan.
Bolehkah saya menggunakan kod tersebut dan Kod Promosi HelloGold yang lain pada waktu yang sama?
Tidak, anda hanya boleh menggunakan satu kod.
Bolehkah saya menggunakan lebih daripada satu Kod Rujukan yang diterima dari rakan yang lain?
Tidak boleh. Anda hanya boleh menggunakan satu Kod Rujukan dan ia hanya untuk sekali penggunaan.
Jika rakan saya kongsikan Kod Rujukan saya dengan rakan mereka, adakah saya masih akan menerima ganjaran?
Ya. Anda akan menerima amaun ganjaran yang sama jika mereka membuat pembelian emas minimum seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat Promosi Kod Rujukan.
Bolehkah rakan atau keluarga saya menggunakan Kod Rujukan saya?
Boleh, asalkan mereka memasukkan Kod Rujukan tersebut dalam tempoh 30 hari setelah akaun mereka disahkan.
Adakah emas bonus yang diperoleh mempunyai tarikh luput?
Tidak. Emas yang diperoleh akan ditambah ke dalam baki emas anda.
Saya belum mencapai usia 18 tahun, bolehkah saya menggunakan Kod Rujukan?
Tidak boleh, mana-mana pengguna di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan mendaftar akaun HelloGold.
Bolehkah saya mengeluarkan emas yang diperoleh daripada Promosi Rujukan?
Boleh. Anda boleh menjual emas yang diperoleh dan membuat pengeluaran tunai.
Adakah Kod Rujukan saya mempunyai tarikh luput?
Setiap pengguna HelloGold diberikan kod unik yang boleh dikongsikan. Kod ini tidak akan luput selagi Promosi Rujukan ini berlangsung dan HelloGold berhak untuk mengubah atau mengemas kini promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Untuk setiap pengguna baharu yang menggunakan Kod Rujukan, kod tersebut akan luput dalam tempoh 30 hari setelah akaun HelloGold Biasa […]
Bolehkah saya menghantar atau menjual emas yang diperoleh menerusi promosi Rujukan ini?
Boleh. Kesemua emas yang diperoleh daripada promosi Rujukan ini boleh dihantar atau dijual.
Jika rakan saya membuat pembelian dua kali ganda lebih banyak untuk mendapatkan diskaun Rujukan ini, adakah saya akan mendapat ganjaran nilai emas berganda?
Tidak. Amaun ganjaran yang diberikan atau diskaun adalah kekal pada kadar yang sama.
Adakah terdapat had untuk bilangan penerima kod rujukan saya?
Tiada, anda boleh kongsikan kod rujukan anda kepada seberapa banyak rakan yang diingini.
Bagaimanakah cara untuk saya memasukkan Kod Rujukan?
Setelah anda menerima jemputan daripada rakan, anda perlu memuat turun aplikasi HelloGold dan mula mendaftar. Langkah-langkah untuk memasukkan Kod Rujukan: 1. Log masuk ke aplikasi HelloGold 2. Tekan “Ganjaran” 3. Pilih “Masukkan Kod” di ruang atas skrin. 4. Masukkan kod dan klik Guna.
Siapakah yang layak menggunakan Kod Rujukan?
Setiap pengguna HelloGold yang memiliki akaun HelloGold Biasa tidak lebih dari 30 hari boleh menggunakan Kod Rujukan. Hanya 1 kod boleh digunakan oleh setiap pengguna (Kod promosi atau kod rujukan)
Bagaimanakah cara untuk berkongsi Kod Rujukan saya?
Anda boleh menyalin kod tersebut dengan menekan ikon salin. Anda juga boleh kongsikannya menerusi platform lain (Cth: Facebook, Twitter, E-mel, WhatsApp, Telegram, dll) dengan menekan butang kongsi dan memilih rakan yang diingini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan Kod Rujukan?
Untuk mendapatkan Kod Rujukan anda, pergi ke bahagian “Ganjaran” dan klik pada butang “Jemput Rakan”. Anda boleh kongsikan Kod Rujukan anda apabila anda menjadi pengguna HelloGold Biasa.
Apakah itu Kod Rujukan?
Kod rujukan adalah kod unik yang diberikan kepada setiap pengguna HelloGold untuk dikongsikan dan digunakan oleh pengguna lain bagi mendapatkan diskaun setelah membeli nilai emas yang tertentu. Pemilik kod akan mendapat ganjaran setiap kali kod tersebut digunakan.