Apakah HelloGold?

HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan […]

Baca Lebih Lanjut

Siapakah HelloGold?

Di HelloGold kami percaya bahawa Emas mampu melindungi simpanan anda, oleh yang demikian kami telah menjadikannya sebagai misi kami agar setiap orang berpeluang mempunyai akses kepadanya dengan cara yang berpatutan dan selamat. HelloGold merupakan permulaan yang menjadikan produk Emas mampu dimiliki oleh semua orang. Ditubuhkan pada 2015 dan beroperasi dari ibu pejabat di Kuala Lumpur, […]

Baca Lebih Lanjut

Apakah jenis emas yang digunakan oleh HelloGold?

Kami menggunakan jongkong emas 1 kilo gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% yang diperuntukkan sepenuhnya. Emas kami bersumber daripada tukang emas antarabangsa yang dikenali sebagai Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP) yang merupakan sebahagian daripada London Bullion Market Association (LBMA). PAMP ialah satu daripada hanya tiga buah kilang penapis di seluruh dunia yang dilantik sebagai ‘Approved Good […]

Baca Lebih Lanjut

Bagaimana untuk mendapat tahu bahawa emas saya adalah tulen?

Emas yang disimpan oleh pembekal emas kami, Bullion Star International, telah diaudit secara berdikari oleh Bureau Veritas, iaitu pengaudit yang diluluskan oleh badan LBMA setiap enam bulan. Sebagai sebahagian dari pengaudit, Bureau Veritas akan melakukan semakan tersebut: 1) Kesemua kewujudan fisikal logam berharga milik pelanggan yang disimpan oleh Bureau Veritas mewakili pelanggan dan sebagai tempat penyimpanan; 2) […]

Baca Lebih Lanjut

Adakah emas saya disimpan dengan selamat?

Dengan memegang akaun bersama HelloGold, anda mengamanahkan kami untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan emas anda; kami mengambil tanggungjawab ini dengan serius. Setiap hari perniagaan, penyedia bilik kebal kami di Singapura, BullionStar International menghantar senarai jongkong (bar list) kepada kami dengan menunjukkan simpanan yang berada di dalam bilik kebal. Senarai jongkong ini menunjukkan semua emas yang […]

Baca Lebih Lanjut

Apakah perbezaan antara emas diperuntukkan dengan emas tidak diperuntukkan?

Emas yang diperuntukkan bermakna emas tersebut merupakan hak milik anda dan anda adalah pemilik sah emas tersebut. Akaun emas diperuntukkan menggunakan dana anda untuk membeli dan menyimpan emas secara fizikal di dalam bilik kebal yang selamat, diinsuranskan. Emas tersebut kekal di dalam bilik kebal dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain. Apabila anda membeli […]

Baca Lebih Lanjut

Adakah akaun HelloGold saya berfungsi seperti akaun bank?

Akaun HelloGold anda bukanlah akaun bank. Wang di dalam akaun HelloGold anda hanya boleh digunakan untuk: 1. Pembelian produk dan perkhidmatan daripada HelloGold, atau 2. Dikeluarkan mengikut kemudahan anda. Wang anda tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau digunakan untuk sebarang maksud lain. Selain itu, tiada faedah atau pulangan terjamin lain dibayar sama ada […]

Baca Lebih Lanjut

Adakah HelloGold merupakan aplikasi dagangan?

Di HelloGold kami percaya bahawa emas mampu melindungi simpanan anda, oleh yang demikian kami telah mencipta sebuah aplikasi yang membolehkan setiap orang membeli, menyimpan dan menjual emas dengan cara yang berpatutan. Dari semasa ke semasa, kami akan memperkenalkan lebih banyak ciri, dengan matlamat dan keyakinan bahawa emas perlu disimpan untuk jangka masa panjang.

Baca Lebih Lanjut

Bagaimanakah HelloGold mematuhi Shariah?

HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Shariah oleh Amanie Advisors. Semua operasi dan proses kami adalah selaras dengan Piawaian Shariah terhadap Emas. Piawaian Shariah terhadap Emas dibangunkan bersama dengan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), World Gold Council dan Amanie Advisors. Emas merupakan item Ribawi, yang mana sesiapa sahaja yang membelinya perlu berhati-hati dan memastikan […]

Baca Lebih Lanjut

Pertubuhan atau organisasi Islam yang manakah mengiktiraf HelloGold sebagai Patuh Shariah?

Amanie Advisors ialah pertubuhan Islam yang mengiktiraf kami sebagai Patuh Syariah. Firma ini diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, yang pada masa ini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di kedua-dua Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pakar yang menandatangani Fatwa kami merupakan anggota Badan Penasihat Shariah Antarabangsa firma Amanie. Sebagai perunding Syariah kami, […]

Baca Lebih Lanjut

Jika HelloGold ditutup, adakah saya akan mendapat balik wang saya?

Ya. Emas anda yang disimpan bersama HelloGold dijaga dengan selamat di bilik kebal di Singapura. HelloGold tidak boleh melakukan apa-apa dengan emas tersebut selain menyimpannya untuk anda (melainkan anda memberitahu HelloGold untuk menjualnya atau menghantarkannya kepada anda). Jika sesuatu berlaku kepada HelloGold, emas anda yang berada di dalam bilik kebal masih lagi milik anda dan […]

Baca Lebih Lanjut