Pindaan telah dibuat ke atas polisi pembatalan SmartSaver kami di mana pembatalan tidak lagi berkuatkuasa secara serta-merta. Pembatalan hanya akan dikuatkuasakan pada penghujung kitaran bulanan anda pada waktu permohonan dibuat. Ini bermaksud, setelah permohonan pembatalan diterima, baki dana akan terus digunakan untuk membeli emas sehingga hari terakhir pada kitaran tersebut. Jadi, emas akan dikreditkan semula ke dalam akaun HelloGold utama anda setelah proses pembatalan selesai.