Status Direct Debit anda ‘Diproses’ kerana ia masih menanti kelulusan daripada pihak bank anda. Ia mungkin memakan masa 2 hari bekerja. Setelah permohonan anda diluluskan, status ini akan bertukar kepada ‘Aktif’. Anda akan diberitahu menerusi e-mel dan notifikasi dari aplikasi.

Harap maklum, anda tidak boleh membatalkan Direct Debit ketika ia masih dalam status ‘Diproses’.