Untuk mula mengakses akaun anda di web, anda hanya perlu melalui proses pengaktifan kami. Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah:

  1. Buka HelloGold di web dengan memassukkan https://web.hellogold.com/ di bar alamat pelayar web anda.
  2. Pilih bahasa pilihan anda dan tekan “Log Masuk”.
  3. Masukkan butiran log masuk yang anda gunakan untuk aplikasi telefon anda dan tekan “Hantar”
  4. Buka e-mel yang didaftar dengan akaun anda dan tekan butang “Tetapkan Semula Kata Laluan” dalam emel tersebut.
  5. Tetapkan kata laluan baru dan tekan “Hantar”
  6. Sekarang anda boleh log masuk ke akaun HelloGold anda di web dengan kata laluan baru anda!

Harap maklum, semasa kami terus melakukan peningkatan berterusan pada aplikasi untuk memastikan keselamatan yang lebih baik, kata laluan anda di web pada masa ini adalah terpisah dan tidak bergantung pada kata laluan yang telah anda tetapkan di telefon bimbit.