Di HelloGold kami percaya bahawa Emas mampu melindungi simpanan anda, oleh yang demikian kami telah menjadikannya sebagai misi kami agar setiap orang berpeluang mempunyai akses kepadanya dengan cara yang berpatutan dan selamat. HelloGold merupakan permulaan yang menjadikan produk Emas mampu dimiliki oleh semua orang. Ditubuhkan pada 2015 dan beroperasi dari ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, HelloGold telah membina aplikasi digital emas mudah alih berlandaskan hukum Shariah pertama di dunia yang telah mengubah cara dan memberi kemudahan kepada anda untuk membeli dan menjual emas.

Kami komited terhadap pentadbiran korporat yang baik. Platform dagangan kami menampilkan keselamatan dalam talian yang terkini dan disokong oleh proses yang telah diaudit sepenuhnya bagi menjamin pemilikan emas fizikal yang berpatutan dan selamat. Pasukan kami merupakan barisan profesional yang berdedikasi dan mempunyai berpengalaman luas dalam industri emas, perkhidmatan kewangan, teknologi dan rekaan Digital User Experience (UX) ; kami akan memberikan khidmat terbaik untuk anda dan kami yakin emas mampu dimiliki oleh setiap orang di Asia.